Thursday 31 March 2011

Motto PnC



Motto PNC


"PRIDE N COURAGE"








Dalam ertikata Bahasa Melayu...
"Pride" bermaksud kebangaan..Kebangaan dikalangan Pemilik Kereta Proton Persona menggunakan produk Nasional/Tempatan justeru yakin dengan Kebolehan Anak-anak Malaysia dalam Menghasilkan Sebuah industri mobil disamping membuat publisiti dan sokongan dari pemilik berkongsi kegembiraan memiliki Proton Persona .Malahan kita harus berasa berbangga kini Proton telah meningkat dan dikenali peringkat persada dunia.

"courage" Keberanian mempunyai maksud yang subjektif kepada individu yang berbeza. Secara peribadi,keberanian ibarat kesanggupan untuk memulakan sesuatu dimana idea/pemikiran telah diolah menjadi realiti dan dibarisi ahli-ahli yang mempunyai semangat setia dan senantiasa mendorong dan menyokong.Keberanian juga merangkumi pelbagai aspek,dtgnya keberanian dimulakan dengan kepercayaan,kebijaksanaan iaitu sandaran kepada keberanian adalah 
dasar semangat utk melakukan atau melaksanakannya.



Sejarah Penubuhan




SEJARAH PENUBUHAN




Nama Personation Cliquers:

Persona sendiri diambil nama dari group nie oleh kerana kita adalah pemilik Proton persona,Proton Persona adalah produk nasional,kemudian digabungkan perkataan menjadi "Personation" 

Clique dlm bahasa latin/sepanyol/portugis bermaksud sesuatusekumpulan orang yang disatukan oleh kekerabatan sebenar atau dianggap keturunan,jelas disini persamaan group ini adalah pemilik Proton Persona...clique dipilih menjadi nama grup kerana,suatu kelainan dari kelab2 kereta lain dimana kebnyakan mengunakan "club","clan" atau "crew".

Secara umum Malaysia adalah negara yang kita menetap,kalau di ikutkan singkatan nama grup PCM...tetapi jelas kita mmg penduduk malaysia,so buat apa kita nak guna nama Malaysia,lainlah kita nie foreigner boleh kita guna PCM sebagai org bukan malaysia tahu kita adalah kelab dari malaysia....memandang FB ini adalah satu dunia mengunakan FB so kita guna Malaysia sebagai pendedahan....Dan PNC dipilih menjadi singkatan nama bg grup...PersoNation Cliquers.



Konsep




CONCEPT







1-Konsep warna PNC - Hijau Putih Hitam

2-Kemasukkan Ahli - Limit ahli sebanyak 5 ahli untuk sebulan.sesudah cukup 5 ahli.kemasukan ahli ditutup,dibuka pada bulan yang akan datang,bertujuan utk ahli baru mengambil masa untuk beramah mesra bersama ahli lama.

3-Sticker id - Hanya diperolehi selepas mengisi borang terlebih dahulu dan akan diluluskan jawatankuasa S4Division dan baru ahli tersebut di iktiraf sebagai Ahli Rasmi Berdaftar.

4-INfo- Laporkan sebarang apa2 info/pertanyaan/cadangan kpd ROZY CLIQUERS,LEADER Personation Cliquers Malaysia/Mohd Fairus Shamsuddin DEPUTY LEADER Personation Cliquers Malaysia.

5-Keahlian - Setelah menjadi ahli hendaklah memperkenalkan diri di FB/Website,dan aktif didalam fb/website.

6-S4D - Sebuah Unit Jawatan Kuasa Khas yang telah dilantik oleh sebulat suara Team S4D. Team S4Division adalah tulang belakang pergerakkan PNC/Response Team/R&D Team.Namun ahli S4D haruslah Berkerjasama dlm Membincangkan Segala Perihal Pergerakan Semasa S4D.Merahsiakan Segala Perihal PNC.

7-Jawatan - Cliquers yg Memegang Sebarang Jawatan didlm PNC hendaklah Menjalankan Tangungjawabnya dengan Amanah,Cekap, dan Adil tanpa Prejudis. Jawatan Yang telah Dimandatkan/dilantik hendaklah Memimpin Jawatan Tersebut dengan menerima sebarang pandangan,kekal kan Konsep keterbukaan Di dlm PNC.

8- Code Region - id akan dibahagikan code number negeri mengikut  permastautin ahli.




Objectives


OBJECTIVE





  • Untuk menyediakan platform untuk pengeluar, pemilik mobil, calon pelanggan dan masyarakat pada berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman memiliki Proton Persona.
  • Merupakan kelab pemilik Proton Persona dimana ahli bersuara dikolektif dikomunikasikan melalui dialog, pertemuan rasmi dan aktiviti sosial untuk saling berinteraksi.
  • Untuk membina persahabatan, berkongsi pendapat dan bersosial secara positif.




Tuesday 29 March 2011


MISSION
  • Untuk membuat publisiti dan sokongan dari pemilik berkongsi kegembiraan memiliki Proton Persona melalui internet, liputan media, bahan cetak, dan acara autoshow.
  • Untuk mendorong pemilik Proton Persona Nasional untuk bergabung dengan adanya kelab dan menikmati hak keahlian baik dari generasi ke generasi.
  • Untuk melakukan kegiatan sosial dan bekerja amal untuk kelab kearah kebaikan dan menanamkan hubungan yang sihat antara ahli kelab dan masyarakat - keutuhan komuniti yang baru.